ADA APA DENGAN BUKU BERTAJUK “PURPLE COW”



Ada 6P yang sangat penting.

1. Produk
Produk adalah sangat penting untuk bisnes. Sebelum terma ‘marketing’ wujud, cara pemasaran yang diguna adalah marketing WOM atau “Word of Mouth” marketing.

Dahulu, jika sesebuah kedai menjual katakan sayur-sayuran, dan mereka selalu menjual sayuran yang segar dan berkualiti dengan harga berpatutan, orang kampung akan bercakap antara satu dengan yang lain. Secara tidak langsung, ia akan membuatkan kedai itu penuh dengan pembeli.

Sekarang juga sama. Produk yang bagus akan memudahkan proses marketing. Samada WOM marketing, viral marketing, Facebook marketing, Google marketing, semua akan menjadi mudah dengan produk yang bagus.

2. Price
Harga adalah aspek yang sangat kritikal. RM29.99 dengan RM30.00, walaupun bezanya hanya 1 sen, impaknya jualannya adalah sangat besar. Setuju?

Jika terget produk atau servis anda adalah untuk ‘rakyat marhaen’, saya cadangkan harga (jika boleh) dibawah harga RM100. Jika anda boleh berbuat demikian, ‘rejection’ atau kadar tolakan pembeli untuk membeli produk atau servis anda akan berkurang dan anda akan boleh meningkatkan jualan.

Ya, mungkin untung per produk adalah sedikit, anda boleh besarkan keuntungan dengan ‘volume’ (jualan secara pukal).

Antara kebaikan labih besar jika harga anda ‘mampu milik’ adalah, jika anda menggunakan sistem ejen, harga yang kompetetif memudahkan ejen anda menjual produk anda.

3. Place
Semakin hari, semakin ramai yang meninggalkan Facebook. Percaya?
Ya, saya sendiri sudah mula naik ‘muak’ dengan Facebook. Bukan dari sudut iklan, tetapi dari segi ‘user experience’ pun sudah tidak seseronok dulu. Saya lebih ‘prefer’ twitter dan Instagram. Cuma, dari segi ‘kuasa’ pengiklanan, Facebook masih lagi raja.

Untuk memantapkan jualan online anda, anda perlu faham di mana pelanggan anda berkumpul. Perlu difahami, bukan semua target market kita berada di Facebook. Mungkin ramai yang berada di Instagram, atau mungkin di Twitter? Ada yang berada di Google dan Yoube. Yang penting, kita perlu tahu sedalam-dalamnya dimana pelanggan kita berada!

Jangan hanya buat kesimpulan dangkal, semua orang berada di Facebook! Tidak!

4. Promotion
Ya, promosi penting untuk merancakkan lagi jualan bisnes kita. kita perlu adakan jadual promosi untuk setahun. 12 bulan.Setiap bulan, mesti ada 1 terutama sewaktu hari gaji kerajaan.

Anda tahu bagaimana Lazada hasilkan jualan 1 billion dan Alibaba hasilkan 100 billion dalam masa 24 jam? Semuanya disebabkan promosi.

Hasilkan promosi, dan beri ‘limited’ masa untuk pembeli membeli, anda akan hasilkan jualan yang besar!

5. People
Untuk people, lebih kepada ‘team’ untuk jadikan idea bisnes realiti. Untuk pemilihan team, ada 2 jenis kategori. (Ada lebih, cuma untuk posting ini saya hanya nak tekankan 2 kategori).

Kategori pertama, adalah golongan pemikir dan pembuat keputusan. Golongan kedua adalah yang menjalankan tugasan. Dalam kes perniagaan yang kecil dan dalam fasa perkembangan, biasanya semua kerja dilakukan oleh semua orang.

Justeru, amat penting untuk anda sebagai pendiri bisnes sangat ‘selective’ dalam memilih mereka yang akan anda masukkan dalam syarikat kerana ia akan menentukan hala tuju dan perkembangan perniagaan.

6. Purple Cow
Kenapa purple cow? Istilah ini unik. Biasanya orang hanya bicara soal ‘unique selling point’ atau USP. Cuma jika diterjemah dalam basa rakyat marhaen, ia sukar untuk difahami. Bagi saya, cara Seth Godin, penulis buku Purple Cow menceritakan USP dengan cara memberi gambaran lembu ungu cukup berkesan.

Di permulaan buku tersebut, beliau menulis situasi ketika beliau dalam perjalanan ke Perancis. Dalam perjalanan, sepanjang jalan adalah ladang ternak lembu yang sangat cantik. Peringkat awal beliau melihat ladang-ladang lembut tersebut beliau sangat teruja. Namun, ya, lembu. Lama-kelamaan, pasti ‘boring’.

Lembu demi lembu, sampaikan kecantikan padang ragut sudah hilang serinya. Walaupun setiap lembu dan padang ragut berlainan, tapi ia masih lembu! Lembu adalah lembu.

Cuba bayangkan tiba-tiba ada lembu berwarna ungu, a purple cow. Sudah semestinya pelik dan lain dari lembu yang lain. Sudah pasti, mata pun akan cepat ‘tangkap’ warna yang berlainan, dan senang untuk lembu tersebut dapat perhatian.

Itulah yang dimaksudkan oleh Seth Godin, be unique untuk bisnes kita berjaya. Dont be boring!

Kredit: FAHDI GHAZALI

Comments

Popular Posts