SOFT SELL ATAU HARD SELL


Kedua-duanya adalah penting dalam menentukan berapa banyak sales yang akan masuk dalam sesebuah bisnes.

Soft sell dan Hard Sell bergantung kepada copywriting yang ditulis dalam iklan anda.
Hard Sell adalah ayat menjual secara Direct kepada prospek anda dengan menerangkan berkaitan dengan produk dan harga.

Soft Sell pula ialah ayat menjual secara In Direct kepada prospek anda.

Dengan kata lain apabila prospek membaca iklan anda , mereka tidak akan sedar yang anda sebenarnya berniat untuk menjual.

Contoh ayat hard sell adalah seperti berikut :


“ PROMOSI PRODUK BARU
HARI INI SHJ
HARGA ASAL PRODUK INI RM45
TAPI HARI NI SHJ.. UTK 1 HR PLG XMASUK AKAL
RM30 SHJ..!! YE DIULANGI RM30 SHJ
KENAPA PERLU DPTKAN HR INI
1. PENGHANTARAN PERCUMA
2. WARRANTY 1 BULAN
3. JIMAT RM15 DR HARGA ASAL
DPTKAN SEKARANG!!
SMS/WHATSAPP 0172943970 “


manakala contoh untuk ayat soft sell adalah seperti berikut :

“SELAMAT PAGI SEMUA
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
APA XTVT ANDA HARI NI?
PG NI SY NAK KONGSI
SPESIFIKASI BLANDER SHAKE & TAKE NI
YG PALING SY SUKE
MOTORNYE YG BERKUASA 2600RPM
XHAIRAN LA BLH PECAHKAN AIS SENANG2 JE
UTK TEMPAHAN
SMS/ WHATSAPP 0172943970
SKRG! “


Nampak tak perbezaannya?

Dalam Soft sell, kita tidaklah terlalu KERAS seolah-olah “memaksa” prospek untuk membeli produk kita, tetapi dalam Hard Sell kita memang kena paksa mereka beli dari kita.

Antara contoh lain soft sell adalah seperti penggunaan content seperti perkongsian tips dan storytelling.

Persoalannya yang mana paling bagus di gunakan dalam ayat iklan kita?

Kebanyakan orang berpendapat bahawa penggunaan Soft Sales adalah lebih baik kerana kita tidak nampak seperti menjual.

Ye la kan..sebab manusia tak suka dirinya dalam keadaan seperti dijual.

Tetapi saya berpandangan sebaliknya.

Bagi saya penggunaan Hard Sell juga sangat penting.
Lebih -lebih lagi apabila kita memberikan diskaun dan ingin menggunakan teknik scarcity.

Kredit: firdaus azizi

Comments

  1. Terima kasih encik firdaus, ika dapat sesuatu yg sgt bermanfaat dari perkongsian ini, semoga rezeki mu bertambah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Aamiin. Ika minta halal untuk Ika kongsi ilmu ini pd yg lain jg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts