FACEBOOK PAGE: BAGAIMANA UNTUK MULA PERNIAGAAN ONLINE


11 TIPS UNTUK FACEBOOK BISNES



1.     Jangan guna facebook profile untuk bisnes
Facebook telah menyediakan medium atau ruang yang khusus untuk penggunanya berniaga iaitu facebook page.

Jika anda guna facebook profile, anda akan terlepas beberapa features bisnes yang facebook sediakan di facebook page.

Antaranya, fungsi monitor engagement prospek anda pada iklan melalui fungsi analytics / insight. Prospek anda juga perlu request friend terlebih dahulu jika anda guna facebook profile, jika di facebook page prospek hanya perlu jadi fan dengan tekan butang like page.

Yang paling best di facebook pages, anda boleh buat iklan berbayar untuk buat pemasaran dengan lebih fokus kepada prospek produk atau servis anda.

Untuk cipta facebook page melalui paparan desktop. Klik pada butang bentuk segi tiga pada bahagian atas di penjuru kanan. Paparan seperti gambar di bawah akan keluar.



2.     Fungsi Page Role

Apabila anda telah mencipta 1 facebook page, secara automatic anda adalah admin kepada page tersebut. Anda boleh melantik beberapa individu lain sebagai admin dan editor.

Perlu ingat, anda perlu melantik individu yang betul2 memainkan peranan di page tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah. Post yang dibuat juga adalah mewakili page tersebut bukannya post personal seperti di facebook profile.

Page role berada pada bahagian settings. Seperti gambar di bawah



3.     Letak profile picture untuk dikenali

Tujuan facebook page adalah untuk audiens kenal anda dan seterusnya menjadi pelanggan. Maka, profile picture main peranan tersebut.  Untuk paparan desktop, Ia berada pada penjuru kiri di atas facebook page anda. Jika paparan mobile, ia berada di bawah cover photo.

Jadikan logo atau jenama produk/servis anda sebagai profile picture. Setiap kali anda post atau komen, gambar tersebut akan dipaparkan pada penjuru kanan. Jadi, audiens akan lihat gambar tersebut. Bayangkan, setiap hari audiens lihat gambar tersebut bersama post anda, adakah mereka akan melupakan anda?



Cara mudah untuk anda reka profile picture adalah dengan Canva.

4.     Letak cover photo yang menarik

Cover photo menunjukkan apa kandungan facebook page anda. Atau lebih tepat, ia menggambarkan produk atau servis yang anda tawarkan kepada audiens.

Jadi, kenal pasti produk atau servis anda dengan betul, gunakan cover photo untuk audiens tahu sebelum mereka skrol dan membaca kandungan di page anda.



Cara mudah untuk anda reka cover photo adalah dengan Canva.

5.     Sediakan Call to Action button

Online bisnes perlu ada interaksi antara audiens dan penjual. Jadi, anda perlu cipta butang yang sesuai untuk membenarkan audiens menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebagai contoh, page Dr. Digital Marketing Malaysia  sediakan button Send Message seperti gambar di atas.

Facebook sediakan beberapa button CTA, anda hanya perlu pilih mengikut kesesuaian bisnes anda. Seperti gambar di bawah.


6.     Isi maklumat pada bahagian About

Kita mula suka pada seseorang bila kita dah kenal mereka. Begitu juga situasi di facebook page. Sediakan maklumat anda pada bahagian about supaya audiens kenal anda dan mereka akan like page anda.

Bagi paparan desktop, About berada pada bahagian kiri paparan. Seperti gambar di bawah



Bagi paparan mobile, ia berada pada bahagian seperti gambar di bawah





7.     Post gambar dan video pada time line

Pemasaran produk atau servis anda bermula dengan membuat posting pada time line. Samada dalam bentuk ayat copy writing, gambar dan video.

Pemasaran yang paling berkesan adalah melalui video live kerana mempunyai lebih engagement dengan audiens berbanding ayat copy writing atau gambar.

Fb Live dalam bentuk video seperti gambar di bawah


8.     Post pada waktu dan kekerapan yang betul

Anda perlu kenal pasti bilakah waktu audiens anda engage dengan post anda. Engage bermaksud, mereka view dan click post anda.
Nak tahu dan monitor maklumat tersebut, anda boleh lihat pada fungsi insight.

Bila anda dah tahu bila waktu post paling tinggi reach dan engagement audience, cuba konsisten buat post pada waktu tersebut. Ubah waktu post jika reach dan engagement rendah.

Apa yang penting sekali adalah, anda mesti buat post iklan di facebook page. Anda boleh publish iaitu post iklan pada masa semasa atau schedule post untuk set iklan pada waktu dan tarikh tertentu.



9.     Pin post pada bahagian atas page

Bila anda buat post iklan yang baru, post yang sedia ada akan berada pada bahagian bawah. Jika anda rasa post sebelum ni penting untuk audiens, anda perlu pin to top supaya ia kekal berada pada susunan teratas walaupun post yang baru di buat.

Caranya seperti gambar di bawah.



10. Monitor dan respond komen

Anda perlu reply komen daripada audiens secepat yang mungkin untuk menunjukkan page anda aktif dan tindakan seterusnya daripada audiens akan berlaku lebih cepat.

Caranya, anda hanya perlu monitor pada funsi notification yang akan dipaparkan apabila ada komen daripada audiens.

11. Post iklan berbayar

Selepas anda post iklan di time line, anda boleh guna untuk jadikan ia sebagai iklan berbayar. Tujuannya adalah untuk iklan tersebut lebih targeted kepada siapa ia sepatutnya sampai. Seterusnya, proses pembelian akan lebih tinggi akan berlaku.

Caranya, klik pada butang bentuk segi tiga pada bahagian atas kanan bagi paparan desktop. Seperti gambar di bawah.



Pilihan tujuan iklan berbayar di buat akan dipaparkan seperti di bawah.


Ingat, fungsi ini adalah berbayar. Jadi, anda perlu sediakan iklan yang menarik perhatian audiens dari segi ayat copy writing, gambar atau video. Jika tidak, pelaburan anda akan melebur begitu sahaja tanpa sebarang pulangan.



Anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk anda, sila share kepada rakan-rakan anda supaya ia dapat dikongsi bersama. Perkongsian yang lebih lanjut untuk setiap tips akan di buat selepas ini. Tungguuu....

Semoga Bermanfaat...



Comments

Popular Posts