4 FASA UNTUK FACEBOOK LIVE


LIVE di facebook antara teknik marketing yang terbaik, engagement dengan audiens juga tinggi apabila wujud interaksi dua hala semasa LIVE.

Bagaimana cara LIVE yang berkesan untuk tujuan marketing?

Ade 4 fasa untuk LIVE di Facebook.

i. Fasa 1:: Seeding

  • Anda boleh buat survey terhadap audiens seperti tanya audiens apa topik yang mereka nak untuk di "LIVE" kan di facebook
  • Masukkan 3 - 5 pilihan untuk audiens pilih. 
  • Nyatakan CTA (call to action) pada akhir ayat.

CONTOH: " Jika saya buat LIVE tentang teknik pemasaran digital pada hari khamis nanti.. apa teknik yang korang nak.. sy confused laa... uols pilih ye, antara (1) facebook marketing, (2) instagram atau (3) blog.. tulis kat komen k uols"

ii. Fasa 2:: Buzz

  • Post di FB pages, inform audiens tentang bile LIVE yang akan anda buat, apa tajuk LIVE. Tulis pada bahagian Headline. 
  • Tips, guna nombor dalam tajuk LIVE anda, audiens akan tunggu sehingga tamat LIVE untuk tahu semua kandungan yang anda akan sampaikan
Contoh [LIVE - 2 PTG INI] 4 CARA NAK CAPAI SALES 4 ANGKA DENGAN MENGGUNAKAN FACEBOOK.
  • Design gambar yang sesuai dan berkait dengan LIVE. Letak ikon LIVE
  • Nyatakan CTA dan offer audiens dengan something special. 
Contoh: "Sape Join, Sila Komen i.. jangan lupe tag aatau share tau, 5  org yang bertuah akan dapat FREE sampel produk.."
iii. Fasa 3:: LIVE!
  • Tulis Headline [LIVE NOW]
  • Semasa LIVE, create engagement dengan audiens dengan komunikasi 2 hala. Anda tanya, audiends jawab melalui komen. 
Contoh: " Siapa sedang online, sila komen i... saya nak berkenalan.."
  • Tips, sebut nama audiens, mereka akan rasa lebih seronok untuk tengok LIVE anda sehingga habis.
  • Luangkan masa 2-5 minit untuk sesi berkenalan sebelum masuk kepada topik sebenar
  • Guna nombor dalam penyampaian kandungan supaya audiens tidak lost dan mereka akan tunggu sehingga habis 
Contoh: " kita akan belajar 4 cara-cara yang betul, bagaimana untuk dapat sales 4 angka dengan menggunakan facebook.."
  • Bermain dengan emosi audiens seperti masalah yang mereka hadapi. 
Contoh: "Ramai orang nak tahu mcm mane nak capai 4 angka sales dalam sebulan, ramai orang dah berjaya capai dan ramai juga yang gagal.. anda dalam situasi yang mana? 

  • Tempoh masa yang sesuai untuk LIVE ialah 30 minit - 2 jam
  • Buat contest supaya audiens share LIVE anda
  • Galakkan audiens bertanya soalan & anda jawab 

iv. Fasa 4:: Appreciation

  • Ucap terima kasih kepada audiens kerana meluangkan masa menonton LIVE anda sehingga tamat 

Sekian, semoga bermanfaat...

Dr. Digital Marketing Malaysia











Comments

Popular Posts