STEP BY STEP BINA WEBSITE BLOGSPOT

1. CREATE BLOGSPOT 


i. Type "https://www.blogger.com" pada browser internet. Paparan seperti di atas akan keluar.

ii. Klik button "create your blog". Paparan seperti di bawah akan keluar


2.  CREATE GMAIL ACCOUNT



i. Klik pada "create account". Isi maklumat yang diperlukan untuk mencipta account gmail.


ii. Cadangan first name dan last name adalah nama perniagaan atau jenama anda. Guna nama tersebut untuk maklumat username (jika dibenarkan oleh sistem). seterusnya, cipta password anda.


3. CONFIRM YOUR PROFILE


i. Klik pada "create a google+ profile"


4. UPLOAD PHOTO


i. Pilih dan klik pada "upload photo" untuk blogspot anda. Cadangan foto yang sesuai ialah logo perniagaan atau jenama.


5. CREATE NEW BLOG


i. Klik pada button "create new blog" untuk memulakan blog anda.



ii. Lengkapkan maklumat Title dan Address blog anda. Title adalah nama untuk blog anda. Cadangan, cipta nama mengikut perniagaan anda. Manakala, Address pula adalah domain atau alamat untuk blogspot anda. Jika tiada pengguna yang dah menggunakan address pilihan anda, tanda tick akan muncul. Jika sebaliknya, sila cipta addess yang lain. Seterusnya, pilih theme yang sesuai.


6. CIPTA POST



i. Klik pada "post" pada pilihan menu di sebelah kiri paparan. Seterusnya, klik button "new post".


ii. Anda boleh mula menulis pada ruang sepeti paparan di atas. Setelah selesai, klik pada button "publish". Anda juga boleh semak paparan terlebih dahulu sebelum publish dengan klik pada button "preview".


iii. Setiap post yang dibuat akan keluar pada senarai seperti di atas. Anda juga boleh delete post dengan cara letakan curser mouse pada nama post, 3 arahan akan dipaparkan iaitu edit, preview dan delete. Klik pada button "delete".

iv. Klik pada "view blog" untuk melihat paparan blog anda.

Sekarang anda telah mempunyai website blog sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat..



Comments

Popular Posts